|
17 Oktober 2009 / 27 Syawal 1430 H
Syawal yang dinantikan telah tiba. Bulan ini, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan. Ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan antara masyarakat. Bagi melengkapkan lagi Syawal pada tahun ini, Nasyeed.com juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan majlis rumah terbuka disaat-saat akhir Syawal yang telah berlangsung pada 17 Oktober 2009 bersamaan 27 Syawal 1430H. Majlis berlangsung di perkarangan pejabat Nasyeed.com. Majlis bermula pada jam 12 tengah hari.
Turut hadir, pemimpin masyarakat YB Tuan Khalid Samad dan YB Yaakob Sapari, jabatan kerajaan dan swasta, individu , persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelanggan, jiran-jiran dan rakan-rakan nasyid.
Cahaya Suri Catering, menyediakan makanan pada majlis tersebut. Antara menu yang paling utama ialah kambing bakar yang dinanti-nanti oleh tetamu yang hadir. Anggaran sambutan tetamu yang hadir menjangkau sehingga 500 orang.
Selain itu, tetamu juga dihidangkan dengan alunan lagu-lagu nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Amrain, Razin dan Khairul Mestica, Wildan dan Azizul Division. Pentas juga dibuka pada sesiapa sahaja yang mahu mendendangkan lagu-lagu bagi mengeluarkan bakat-bakat terpendam mereka. Bro Saiful Amrain menjadi pengerusi majlis rumah terbuka kami.Nasyeed.com menjadi tuan rumah pada Majlis Rumah Terbuka pada tahun ini (2009) dan turut mengucapkan ribuan terima kasih pada tetamu yang hadir memberi sokongan bagi memeriahkan dan melancarkan lagi majlis kami.
Berita Oleh: Sis Nurshufina
Meeting sempena Rumah Terbuka Nasyeed.com
Ketibaan YB Tuan Haji Yaakob Sapari disambut mesra
Menyambut ketibaan para tetamu
Tetamu VIP rancak berbual sesama mereka
Presiden PIN, Bro Mahadi Mohd turut hadir memeriahkan lagi rumah terbuka Nasyeed.com
Amrain selaku penghibur tetap bagi rumah terbuka nasyeed.com
Artis - artis nasyid tak melepaskan peluang berdendang bersama tetamu yang hadir
Tetamu menjamu selera
Hidangan kambing menggamit tetamu untuk merasai keenakkannya
Mr. Cheok dan Mr. Andy beramah mesra bersama Bro Waie, Bro Rahman dan Bro Ubaida
Wajah-wajah ceria di rumah terbuka nasyeed.com
Sis Mass, Sis Ada, Sis Syiera, Sis Shufina dan Sis Zameela
Bergambar bersama En. Omar Baba dan keluarga
Bersama YB Tuan Haji Yaakob Sapari
YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam
Terima kasih buat tetamu yang hadir
|