120131 - Soft Launch Anugerah Nasyeed.Com

PROGRAM: SOFT LAUNCH ANUGERAH NASYEED.COM

TARIKH: 31 JANUARI 2012

TEMPAT: RESTORAN KELANA GREEN, KELANA JAYA

 ***

Selasa 31 Januari 2012 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua tenaga kerja yang terlibat samada secara rasmi mahupun tidak dalam usaha untuk menjayakan majlis sidang media bagi memperkenalkan majlis Anugerah Nasyeed.Com kepada pihak media dan umum.

Nantikan Kemunculannya

 Buat semua pencinta Nasyid Tanah Air, nantikan kemunculannya.

Teaser Rebung1anc_mail

111231 - Santai bersama GEMS

SHAH ALAM, 31 DIS: Program Jom Santai Bersama GeMS anjuran Kerajaan Negeri Selangor sempena sambutan tahun baru 2012 di Dataran Kemerdekaan berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 80,000 orang terutama golongan muda. Program ini diadakan dengan pendekatan menyambut tahun baru dengan tema keagamaan serta bersifat santai. Ia ternyata mendapat sambutan hebat dan ianya memberi nafas baru kepada penganjuran majlis.

Gabungan golongan agama dari generasi lama dan baru dan artis popular berjaya menarik perhatian pengunjung untuk mengikuti majlis dari awal hingga akhir. Antara selebriti agama yang hadir adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Akhil Hayy, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham dan artis popular, Sham Kamikaze, Dakmie, Shahir dan Zizan Raja Lawak.

 

10 

Ustaz Azhar Idrus, Selebriti Agama yang ditunggu-tunggu kemunculannya

111223 - Karnival Hijrah 2011

SABAK BERNAM, 23 Disember 2011 – Telah berlangsungnya Karnival Hijrah selama tiga hari di Stadium Mini Sabak Bernam dengan pelbagai program menarik. Antara programnya ialah pada 23 Disember 2011, jam 9 malam di Stadium Mini Sabak Bernam, telah diadakan Forum Hijrah yang melibatkan Ustaz Sallehen Mukhyi sebagai moderator, dan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Mohd Khir Johari. Sebelum forum tersebut bermula, Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid) telah membuat satu persembahan pembukaan. Walaupun cuaca tidak begitu mengizinkan, penduduk Sabak Bernam tetap hadir untuk mengikuti Forum Hijrah tersebut.

 

120103 - Meeting NESB 2012

Shah Alam - 3 Jan 2012,

2012 akan menjadi tahun yang memberi lebih banyak cabaran dan semangat baru kepada semua warga kerja Nasyeed Edutainment Sdn Bhd. Pengalaman dari tahun-tahun yang lalu menjadi panduan dan landasan buat semua untuk lebih berdaya saing. 

Taklimat awal disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Syarikat, Encik Ahmad Zuwairi Che Ramly diikuti dengan ucapan setiap ketua jabatan. Idea dan cadangan-cadangan baru dalam meningkatkan kualiti dan cara bekerja yang efisien diketengahkan. Semoga syarikat bumiputra seperti kami akan membangun dengan cemerlang didalam setiap cabang perkhidmatan yang diperkenalkan. Insya Allah. 

 

nc3

Taklimat dari CEO Nasyeed.com, Encik Ahmad Zuwairi Che Ramly 

111231 - Kempen Anti Zina

 

NAMA PROGRAM: KEMPEN ANTI ZINA BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS

TARIKH: 31 DISEMBER 2011 (SABTU)

MASA: 7.00 HINGGA 12.30 MALAM

***

 jom copy poster ini dan sebarkan ke seluruh alam. kita penuhkan Dataran Kemerdekaan Shah Alam sambil mendengar perkongsian Ilmu oleh Ustaz Azhar Idrus pada 31hb disember 2011 jam 8 mlm. (solat berjemaah tau) jangan lupa bawak sejadah.